OldVersion.com – Kerana lebih baru tidak selalunya lebih baik

oldversion

Oldversion.com merupakan sebuah website di mana anda boleh muat turun software dan freeware versi-versi yang sebelumnya . Slogan website ini sendiri telah menyatakan segalanya – “Kerana lebih baru tidak selalunya lebih baik”.Terdapat pelbagai software yang disusun rapi mengikut kategori untuk memudahkan anda mencari,  memilih dan memuat turun software yang dikehendaki.

Sebagai contoh, cuba anda fikir tentang Adobe Acrobat Reader, di mana sebarang update yang dibuat, ianya hanya menambah penggunaan ruang hard disk anda sahaja, tetapi anda tak nampak apa-apa peningkatan yang jelas tentang ciri-ciri yang terdapat didalamnya. Anda hanya menggunakannya untuk  membaca dokumen PDF sahaja dan anda tidak memerlukan versi-versi terbaru untuk itu.

Anda juga perlu fikirkan tentang tahap kemampuan komputer apabila menggunakan software-software terbaru. Bayangkan komputer anda hanya sebuah komputer yang mempunyai  spesifikasi dan keperluan asas sahaja. Kadangkala, penggunaan software yang terbaru adalah tidak sesuai dan  menyebabkan prestasi komputer anda lembab. Tetapi anda amat memerlukan software tersebut. Jadi, penggunaan software versi sebelumnya adalah penyelesaiannya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *