PTPTN – Permohonan / Tawaran, Bayaran Balik / Penguatkuasaan & Lejar / Penyata Ujrah 1%

Berikut adalah sedikit maklumat yang ingin dikongsi berkenaan dengan Permohonan / Tawaran, Bayaran Balik / Penguatkuasaan & Lejar / Penyata Ujrah 1%.

A. PERMOHONAN/TAWARAN

1. Siapakah yang layak untuk menerima tawaran Ujrah 1%?
Jawapan : Tawaran perubahan pinjaman sedia ada (3%) kepada pembiayaan Ujrah 1% layak diterima oleh peminjam-peminjam sedia ada yang masih mempunyai baki pinjaman PTPTN pada 1 Jun 2008 kecuali bagi kes-kes berikut :
i. Telah dikenakan tindakan penguatkuasaan dan undang-undang
ii. Peminjam yang telah melanggar perjanjian pinjaman terdahulu – (batal pinjaman, gagal pengajian, berhenti pengajian dan mendapat penaja lain)

2. Saya masih belajar dan masih menerima pengeluaran pinjaman PTPTN. Bilakah saya boleh menerima tawaran Ujrah?
Jawapan : Anda akan ditawarkan Ujrah sebaik tamat pengajian.

3. Saya mempunyai baki WPP sahaja. Adakah saya layak untuk memohon?
Jawapan : Anda tidak layak untuk ditawarkan Ujrah.

4. Apakah tindakan yang perlu diambil bagi membolehkan saya mendapat tawaran Ujrah?
Jawapan : Peminjam perlu mengambil langkah-langkah berikut :
i. Membuat pendaftaran melalui laman web PTPTN (www.ptptn.gov.my) dengan menggunakan no kad pengenalan dan memasukkan alamat e-mel peminjam;
ii. Mengemas kini maklumat yang diperlukan melalui link yang dihantar ke alamat e-mel peminjam yang didaftarkan;
iii. Mencetak dan menandatangan dokumen tawaran yang dihantar ke alamat e-mel peminjam; dan
iv. Menghantar dokumen tawaran yang lengkap (sila rujuk panduan pengisian) kepada PTPTN dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh tawaran

5. Bilakah peminjam boleh mula membuat pendaftaran dan pengemaskinian maklumat?
Jawapan : Pendaftaran dan pengemaskinian boleh dibuat oleh peminjam mengikut tahun kelulusan pinjaman seperti jadual berikut :

Tahun Kelulusan Pinjaman Tarikh Mula Kemaskini
2006, 2007 dan 2008 20 September 2010
2003, 2004 dan 2005 1 November 2010
2002 dan tahun-tahun sebelumnya 1 Disember 2010

Continue reading